Mempunyai kekasih yang curang adalah igauan ngeri bagi setiap pasangan yang bercinta. Tapi kalau mimpi ngeri jadi nyata, bersabar sajalah. Hadapilah dengan tenang kerana hikmahnya pasti ada. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang menjadi tanda bahawa mungkin kekasih anda mula curang dengan anda.
1. Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah
Mungkin anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si dia reply, oh lambatnya.
2. Suaranya Berubah
Selalunya bicaranya lembut dan manja. Tapi mungkin anda perasan tutur katanya, ton suaranya, tak seperti dulu.
3. Tidak Berminat
Dia seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.
4. Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar
Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.
5. Sensitif dan sering marah-marah
Entah kenapa agaknya, apa saja yang anda buat, mengundang kemarahannya. Pendek kata, ada saja yang tak betul di matanya. Ye lah, orang dah tak sayang. Memanglah macam tu.
6. Alasan Yang Tak Munasabah
Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!
Cinta itu makhluk. Jika cinta itu adalah jasad percintaan, setia itu adalah ruhnya. Tidak berguna jasad tanpa ruh. Walau seagung mana cinta anda terhadapnya, tetapi jika tiada setia darinya, maka musnahlah cinta. Nasihat saya buat pembaca sekalian, jika anda tidak bersedia untuk bercinta, jangan sesekali anda melafazkannya, takut nanti ada hati yang terluka. Buat anda yang pernah terluka dek kekasih hati yang curang, anda sepatutnya bersyukur kerana anda telah diperlihatkan oleh ‘wajah’nya yang sebenar. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Jangan terlalu ‘frust’ dan kecewa jika ditinggalkan, kerana orang yang hadir selepas dirinya, biasanya adalah orang yang lebih baik.


Posted in
Tags:
totally agree with what you have stated, you can notice the changes when one is cheating although that person don’t realise this, the changes they display.
encik…
mintak share k…
nasihat yg bgus cik..
but knp r sllu llaki ni jadi x setia ek…
sush lah cik nk memilih llki yg btl2.
series
Silakan Suhaila.. Suhaila tak bole kata cmtu.. Sbb org prmpuan pn ada yg tak setia jgk.. Masing2 ada kelemahan.. Nak pilih llaki yg series, kriteria pertama, cari lelaki yg matang soal hidupnya, dan agamanya..
You’re right, Nava. One cannot lies as their body speaks the truth.. it’s totally visible..
erm..i dont know, but to be true..im a guy. and im engaged, tp tah npe sejak die tunang sy start keje kt tmpt baru ni..she changed, bkn sikit tp byk..da xde time nk kua, selalu blik lewat, msj pon susah nk reply..tp mase mula kenal dulu, die yg nk sgt sy prihatin pd die. Tp bila da prihatin, die plak berubah..kdg xfhm, a guy yg mcm mane die nk..
Adam, sy rs awk kena minta dia secara jujur britau awk knape dia jd cmtu.. Tnda2 yg ada pd dia mmg seolah2 dia ingin menjauh.. minta dia clarify kn perkara sebenar, ttg perasaan dia pd awk, ttg hubungan awk dgn dia, dn ttg ms depan.. awk bole nasihat dia (nsiht dgn cr yg lmbut) kalau betul dia ada org lain.. tp kalau dia tak dpt terima nasiht awk, its up to you sama ada nk stay utk perbetulkan keadaan atau lepaskan sj..
Cuma bila ada mslh cmni, jgn tgk pd dia saja.. mgkin sikapnya begitu sebb perangai atau sikap kita sendiri.. itupn nk kena check.. lg satu awk kena igt, wanita yg baik utk llaki yg baik dan begitulh sbaliknya.. Kalau awk rs awk dh mnjdi yg terbaik dn takde mslh dr pihk awk, jgn risau, sbb pastinya Allah akn bg yg terbaik utk awk..
Algkh bhgianya mndpt psgn yg benar2 ikhlas menyayangi dan memberi perhatian pd kita.. pilihan di tgn kita.. ^^
thanks rizash, mungkin ade betul ckp awk.. Mungkin sbb kerjaya sy yg membuatkn die cuba utk berjaga2. Tp sy ikhlas dan jujur.. kdg sy kol die, nk berborak. Sgt susah nk dpt. Walaupun hari minggu..sy jd hairan, xkn nk borak kejap pun xbleh.. sy xtau n kadang buntu nk watpe lagi…sy hanya dpt berdoa, supaya pintu hati die terbuka tuk fahami ape yang sy perlu…x byk pun, hanya sedikit keikhlasan..=)
dia curang dan akhirnya berkahwin dgn gadis tsebut…
keiklhlasan dan kjujuran sy dia pgunakan. buang dan
blalu bgitu saja seolah2 sy xpnh muncul dlm hdupnya.
mrka bdua dah byk sakitkan hati sy tp akhirnya ttp
bsatu..btapa pilunya..
mungkin saudari sedih sebab diperlakukan begitu. Tambah sakit hati bila mereka dapat bersatu. Apa yg boleh saya kata, mengapa nak berterusan sedih dan sakit hati pada orang2 begitu? sekarang mereka bergembira sedangkan saudari pula sedih dan sakit hati.
Jangan buat kerja sia2 lg. Org yg mcm tu dikenang2 lg pun tak guna. Lebih baik saudari teruskan perjalanan saudari mencari kebahgiaan hidup. Ya, bersama dgn orang lain. Jgn pula saudari sudah tak percaya pd lelaki dn menganggap lelaki semuanya tak baik. Saudari, ramai lg lelaki yg baik. Perbaiki dan tingkatkan nilai diri. Ada yg lebih bagus telah Allah jadikan utk saudari. InsyaAllah, sangka baik pada Allah, jumpalah nanti..
Rizash recently posted..Hukuman Buat Pelajar Sekolah
ingin sy bkongsi dn btanya pndapat..
i got married 16 yrs ago, ada 3 anak ages 15 to 7..kawin masa blajr kt matriks… and last 2011, thn lps kami bcerai.. krn suami bmain cinta dgn rakan sekerjanya.. januari 2012 mrk bkahwin…
skrg..suami mengajak sy kembali kpdnya.. of course la dgn segala mcm kata pujukan..
tp dia bukanlh brpisah dgn isteri barunya..dia ingin kawin dua… mengakui masih sayang dn tak dapat lupa..tak sggup lihat sy brkawin dgn org lain..
sy srba salah..memg sy msih saygkn suami..hes the only one..my first love.. its been more thn a year kami brcerai.. tp sy memg blum terima mana2 lelaki lain.. brcinta pn tidk..keluar dgn lelaki pn tidak..walaupn ramai yg ajak kawin..
tp bolh ke sy percayakn dia smula? sbb dulu kami brcerai krn dia trgila2kn pmpuan trsebut..pmpuan tu pn sama.. should i accept him back?
Terima kasih puan.. Minta maaf kerna lmbt bls pertanyaan puan..
Sbnrnya dlm perkara ini bnyk lg yg perlu kita bincgkn bersama utk penyelesaian terbaik.. Apapun, di sini sy cuba berikn pndgn sy..
soalan sy, tanpa dia, adkh puan boleh hidup dgn gembira tanpa ada bnyk masalah? Jika puan rskan puan dan ank2 masih perlu bergntung hdup dgn dia dan puan lbih gmbira jika dia ada di sisi puan, maka terimalah dia kembali.. ttapi itupun jika stlh mnimbang baik dan buruk, yg mana lbih berat..
jika puan dpt menjalani hidup seperti biasa dngn anak2 tanpa sebarang masalah, sy rasa, mungkin tidak perlu utk mnrima dia kmbali..
puan, jika si lelaki pernah mempunyai kelakuan sebegitu, ada kemungkinan yg besar dia boleh mengulanginya sikapnya..
Jika puan ingin memikirkan untuk menerimanya kembali, berikanlah diri puan masa yang panjang.. Seminggu dua mahupun sebulan masih tidak cukup panjang untuk membuat keputusan.. berdoalah dan buatlah solat istikharah.. moga2 Allah condongkan hati puan pada pilihan keputusan yg betul..
Apapun, puan perlu jadi lebih cerewet lg untuk menerima mana2 lelaki selepas ini. termasuklah bekas suami..
Rizash recently posted..Kenapa Personaliti Bertukar Bila Memandu
x prnah curang..tapi kerap menunjjukkan tnda yang nombo 3 uh..
mgkin nak jauhkan diri dari maksiat kot..huhu