Merawat Sengsara Putus Cinta

Bercinta memang seronok namun tersilap memilh pasangan boleh mengundang duka. Sudahlah duka, hidup pula bertambah sengsara. Mana tidaknya, orang yang selama ini menabur janji setia, ingin hidup mati bersama, tiba-tiba saja angkat kaki meninggalkan kita. Aduhai.. sakitnya jiwa. Air mata sudah bergelen-gelen namun si dia masih tak dapat lagi dilupakan. Hidup mula jadi kelabu. Buat apa semua rasa tak menentu. Hati pula semakin pilu dipalu-palu dek kenangan lalu. Oh, kalaulah masa dapat diputar semula.

Tidak saya nafikan, ‘frust’ dalam bercinta memang suatu yang benar-benar menduga. Kalau tidak ditahan-tahankan, sudah tentu boleh jadi gila. Mungkin jika dapat diukur tahap stress atau tekanan yang dihadapi oleh orang yang baru mengalami putus cinta, saya yakin tahap stress-nya adalah antara yang tertinggi. Itulah sampai ada yang sanggup bunuh diri, akibat tidak dapat menerima hakikat yang melanda diri. Sebab itulah, pada pandangan saya, kesan stress dari putus cinta tidak boleh dianggap perkara remeh temeh. Kalau sudah boleh jadi gila, sudah ada yang sanggup bunuh diri, isu ini bukan perkara main-main. Mereka yang ‘frust’ harus diberi rawatan segera. Oleh sebab itulah, saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit tips dan kaedah yang dapat kita jadikan panduan dan pedoman bagi menolong diri kita atau rakan-rakan kita yang sedang ‘frust’. Baca selanjutnya..

Jangan Cuba Melupakan

Selalunya, apabila sesorang itu putus cinta, perkara utama yang difikirkannya adalah untuk melupakan bekas kekasihnya itu. Namun sedarkah anda, bahawa melupakan bekas kekasih anda boleh jadi kesalahan paling besar? Sebenarnya setiap kali anda cuba melupakannya, setiap kali itulah anda mengingatkannya. Biar saya beri anda contoh. Sekarang, saya mahu anda lupakan sebentar pintu depan rumah anda. Jadi, bagaimana? Anda sudah berjaya? Saya percaya, selepas saya berikan arahan tersebut, apa yang anda fikirkan didalam minda anda adalah pintu depan rumah anda! Jadi samalah halnya dengan melupakan bekas kekasih anda. Hakikatnya, tak mungkin anda dapat melupakan seseorang yang anda telah kenal dalam hidup anda dengan mudah, lagi-lagi dia yang pernah bertakhta dalam hati anda. Jadi, apa yang perlu anda lakukan bukanlah melupakan, tetapi MEMUDARKAN! Prinsipnya, sesuatu yang pudar tidak lagi menjadi menarik. Jika tidak menarik, maka tiada lagi tarikan. Jika sudah tiada tarikan, maka senanglah nak dilupakan!

Pudarkan dirinya dari hati dan minda kita. jadikan dirinya TIDAK LAGI MENARIK pada kita. Matlamat kita adalah untuk menukarkan perasaan sayang, rindu dan cinta yang kita ada kepada perasaan yang lain. Ingat, selagi anda ada menyimpan walaupun sedikit perasaan sayang, selagi itulah hidup anda akan dibelenggu sengsara. Antara yang boleh anda lakukan ialah:

  • Bayangkan dia memperbodohkan dirinya sendiri dengan melakukan hal yang pelik-pelik dan ganjil yang membuatkan anda nak tergelak denga aksinya itu (menghilangkan imej macho, cool, cun, lawa, lemah lembut, comel yang sering anda fikirkan mengenainya)
  • Bayangkan wajah dan keadaannya ketika dia berumur 70 tahun (menimbulkan rasa tak selera)
  • Bayangkan kesengsaraan yang terpaksa anda hadapi kerana dirinya (menimbulkan rasa marah dan menyampah)
  • Rasakan bahawa anda selama ini tertipu.. ya, anda ditipu! (menimbulkan rasa marah dan sakit hati)
  • Bayangkan perkara yang selekeh dan menjijikkan mengenai dirinya (menimbulkan rasa tak selera)

Teknik Ikhlas

Selain teknik di atas, anda juga boleh memilih untuk menggunakan teknik yang lain iaitu teknik ikhlas. Walaupun kelihatan terlalu mudah dan ringkas, namun teknik ini mempunyai kesan yang mendalam, yang mampu merawat luka perasaan dengan cepat. Apa yang anda perlukan untuk teknik ini hanyalah sekeping hati bersama perasaan redha dan pasrah. Ikhlas bermaksud ‘tanpa mengharapkan balasan’. Ikhlaskanlah segala perasaan cinta, rindu, dan kasih anda kepada dirinya. Ikhlaskanlah segala pengorbanan yang telah anda lakukan untuknya. Ikhlaskanlah. Biarkanlah dia pergi. Lepaskanlah dia dari hati dan perasaan anda. Anda tidak mengharapkan apa pun dari dirinya. Anda ikhlas. Ikhlaskanlah apa yang berlaku dalam hidup anda sekarang ini, ikhlaskanlah segala apa yang anda rasakan sekarang ini.

Sebutkanlah dengan perlahan dan bersungguh-sungguh:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Mulai saat ini, aku ikhlaskan segala rasa rinduku, cintaku dan rasa kasihku pada dirinya. Aku ikhlaskan pemergiannya ya Allah. Aku ikhlaskan segala apa yang berlaku..”

Anda boleh mencipta ayat anda sendiri yang menggambarkan bahawa anda benar-benar mengikhlaskan perasaan anda pada dirinya. Selesai saja anda lafazkan ayat ikhlas anda, senyumlah sambil menarik nafas lembut, tahan, dan lepaskan dengan perlahan nafas sambil berkata dalam hati, “Aku ikhlas ya Allah”.

Segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Bukakanlah hati anda. Sesungguhnya, anda akan ditemukan dengan insan yang lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

29 Responses to “Merawat Sengsara Putus Cinta”

  1. gadis_terluka says:

    alhamdulillah..suka sgt tips kat atas..terima kasih..

  2. Rizash says:

    Alhamdulillah.. Baguslah mcm tu.. saya pun gembira kalau dpt bantu saudari.. ^^

  3. Amri says:

    “Aku tabik spring dengan nasihat ini. Sangat dirasai akan madah yang dilontarkan. Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar ikhlas dengan apa yang pernah aku lalui. Aku bersyukur padaMu atas segala ujian yang Kau hadirkan untuku. Amin”

  4. Rizash says:

    Amiin.. Alhamdulillah.. Jika elok, sebar2kanlah pada yang memerlukan ye.. :)
    Rizash recently posted..Sukses Dengan Rutin Kecemerlangan

  5. Fina says:

    thanks…
    Alhamdulillah,nasihat n pndngan ni sdkit sbnyak dpt m’bntu sy mengurangkan sengsara di hati…semoga Allah pertemukan sy dgn yg lbik baik,insyaAllah :)

  6. Rizash says:

    Alhamdulillah.. Saya turut gmbira jika dpt bntu Fina.. truskn dgn buat prubhn dri yg positif, insyaAllah, akn dbrikn psgn yg positif jg.. Amiin..

  7. mohd says:

    semua adalah milik Allah. cinta juga milik Allah. tetapi bila terkenang saat si dia yang berpaling tadah. hati saya bercampur baur, sedih, marah,menyesal. hati saya masih tidak tenang. bantulah saya.

  8. Rizash says:

    Pertama sekali, maafkan diri sendiri dulu.. Maafkan diri atas memilih orang yg salah.. maafkan diri sebab mungkin terlalu percayakan dia, sebab sangka dialah segalanya, dialah satu2nya cinta, dan mungkin sebab kita percaya dialah yang terbaik.. Tak kira apa pun, maafkan diri sendiri sebab memilih utk bersama dia dulu..

    Tanamkan rasa syukur kerna Allah telah selamatkan saudara dari org seperti itu.

    Saudara, nasihat saya, jgn cuba berperang dgn perasaan saudara. Jgn cuba melupakannya. Jgn berusaha untuk melupakannya sebab nanti, perasaan itu, ingatan padanya akan semakin menjadi-jadi. Jika ada lintasan2 fikiran yg mengingatkan mengenai dirinya, biarkan saja. Bila ia berlaku, berkatalah dlm hati, “Ini hanya pengalaman lalu. Aku telah mendapat pelajaran darinya. InsyaAllah, pasti ada yg lebih baik utk aku”.

    Saudara, inilah peluang saudara utk bermula kembali mencari pasangan yang lebih baik dan sesuai dengan saudara.

    Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti2 yg berfaedah. Carilah keseronokkan saudara yg mungkin sudah hilang. Jangan lupa utk ketawa.

    Dan, apakata, saudara cari sisi kelakar dan ‘ketawa’ pada kisah lalu saudara ini. Dgn cara begini, masalah yg dihadapi akan jd lebih ringan. Percayalah, masalah takkan hilang kalau asyik stress, sedih dan bermuram setiap hari.

    Senyum, dan teruskanlah perjalanan dalam mencari bahagia.. Kerana saudara berhak mendapatkannya..
    Rizash recently posted..Hukuman Buat Pelajar Sekolah

  9. mohd says:

    Alhamdulillah, nasihat saudara amat membantu saya :) , insyaAllah saya akan ikuti nasihat ini. sudah banyak tips dan motivasi yang saya cari tapi ini lah yang terbaik pernah saya jumpa.

  10. mohd says:

    maaf saudara rizash, saya ingin berkongsi kisah sebenar. saya mengenali dia sejak di bangku sekolah. setelah beberapa tahun tidak mendengar khabar. saya dapat mengetahui bahawa dia telah dikecewakan lelaki iaitu kawan karib saya.jadi saya cuba mendekatinya dgn niat ikhlas mahu menyayangi dia dan merawat lukanya. setelah lama kami bercinta, tiba2 dia berpaling tadah. alasannya, “kita tidak serasi.” hancurnya hati saya. dia minta saya setia dan akhirnya dia pula yang berubah.

  11. Rizash says:

    Kalaulah dulu saudara beritahu saya, saya akan nasihatkan agar jangan terlalu merapati dan apatah lagi mencurah kasih pada gadis yang baru mengalami putus cinta. Sebab ketika ini, memang dia sgt memerlukan perhatian. Emosinya tidak begitu stabil. Sesiapa pun disaat itu yg memberi perhatian padanya berpotensi besar akan menambat hatinya.

    Masalah berlaku ketika hatinya telah pulih. Emosinya pun kembali stabil. Disaat ‘kewarasannya’ kembali, mungkin dia akn menilai semula diri saudara. Dulu, mungkin dia tidak sepatutnya jatuh hati pd saudara tetapi keadaannya ketika itu yg sgt memerlukan perhatian telah mempengaruhi keputusannya.

    Berbahagialah saudara kerana tidak terus bersama dengan orang seperti itu. Hatinya tidak ikhlas memberi cinta. Pengorbanan saudara selama ini kepadanya diletakkan di tapak kaki saja. Ternyata orang seperti ini tidak layak mendapat cinta ‘agung’ saudara yg tidak ternilai harganya. Berikan cinta saudara itu pd org yg lebih layak. InsyaAllah, ada lah tu orangya.

    Saudara, saya pun pernah melalui kisah saudara ini. Saya bangkit kembali dgn gagah dan kini sebagai ganti, Allah telah memberikan saya isteri yg sejuk pd pandangan mata dan mententeram jiwa. saya bahagia.

    Semoga, saudara juga begitu.. Aamiin..
    Rizash recently posted..Hukuman Buat Pelajar Sekolah

  12. mohd says:

    memang benar apa yang diperkatakan saudara, mungkin kesilapan saya kerana terlalu mempercayai dia. hati ini hancur luluh apabila orang yang disayangi berpaling tadah. diri ini bagai dipergunakan. saya terkenang panggilan terakhir dari dia untuk memutuskan hubungan, terlalu banyak alasan yang diberikan sehingga saya sendiri tak mengerti apa salah saya dalam perhubungan ini. antara alasannya ialah, dia ingin hidup bebas, dia rimas dengan saya (sedangkan sebelum ini kami baik2 sahaja ),dan alasan yang paling menyayat hati ialah, dia berkata, “people change, so do i”.

    inikah balasan dia terhadap saya ? belum sampai satu bulan kami berpisah, saya terkejut pabila mengetahui dia sudah mempunyai buah hati yang lain. kejam. saya dibuang bagai sampah.

    saya selalu memujuk diri sendiri untuk memaafkannya, tetapi hati ini tidak dapat memaafkan. hati ini terlalu sakit.

    tetapi, selepas nasihat dari saudara. Alhamdulillah, saya semakin pulih. memaafkan diri sendiri dan ikhlas. itulah kuncinya. terima kasih saudara.

  13. Rizash says:

    Alhamdulillah.. Sama-sama saudara.. Teruskan bangkit menjadi yang terbaik.. Allah sentiasa bersama dengan saudara.. :D

  14. mohd says:

    insyaAllah, moga saya makin pulih. tetapi saudara, saya sukar untuk melupakan dia. kerana dia adalah cinta pertama saya. lagi2 mendapat tahu bahwa dia sudah mempunyai buah hati yang lain. hati ini bagai ditusuk sembilu.

  15. Rizash says:

    ingat pesan saya.. jgn cuba lupakan dia.. ia kerja sia2.. jiran sebelah rumah yg kita jarang betegur sapa pun susah utk kita lupa, inikan pula seseorang yang pernah bertakhta di hati kita.. sebaiknya, biarkan ia pudar dimamah masa..

    jadilah ‘brutal’ sikit saudara.. berikan dia imaginasi yang teruk2 spt tips yang saya berikan pada artikel di atas. Dgn cara begini, lama kelamaan, ingatan pada dia sudah tidak berbisa lagi..

    bunga bukan sekuntum, carilah yg lebih Muslimah.. insyaAllah, hati sejuk je.. :D
    Rizash recently posted..Hukuman Buat Pelajar Sekolah

  16. mohd says:

    ya saya faham saudara, saudara juga pasti mengerti keadaan saya. saudara juga pernah mengalami keadaan ini kan ? ia memerlukan masa untuk pulih, syukur ada yg senasib sama dgn saya, hanya mereka yg pernah alami saja yg memahami.

  17. Rizash says:

    Ya, percayalah, lama2 ok la tu.. Tp dengan fikiran positif, kejap je.. :)
    Rizash recently posted..Hukuman Buat Pelajar Sekolah

  18. mohd says:

    sudah masuk bulan yg ke 3 dia meninggalkan saya. mmg saya tidak nafikan, harus berfikiran positif, tetapi semakin hari rindu itu hadir. dia sdg berbahagia dgn yg lain sedangkan saya ? masih lagi rindukan dia. sungguh tidak adil. kesetiaan saya dibalas dgn dusta.

  19. Rizash says:

    camne Mohd? harap semakin baik.. :)
    Rizash recently posted..Hukuman Buat Pelajar Sekolah

  20. mohd says:

    alhamdulillah, tapi tk dpt dinafikan, saya amat rindukan dia

  21. Rizash says:

    takpe.. tu biasa la.. bila ada cinta yg baru, insyaAllah, dah tak jadi masalah dah.. ni semua adat laluan hidup.. ada suka ada kecewa, ada duka ada gembira.. rindu2kan dia, jgn lupa ‘hidup’ kan rindu pada Allah dan Rasulullah SAW.. Bulan Ramadhan amat2 sesuai utk mnghidupkan rohani.. :)
    Rizash recently posted..Kenapa Personaliti Bertukar Bila Memandu

  22. mohd says:

    ya saya faham, dan saya amat terkilan kerana org yg pernah saya kasihi kini menganggap saya bukan siapa siapa dlm hidup dia. puas saya cuba hubungi dia, tapi dia hanya mendiamkan diri…

  23. Rizash says:

    menghubungi dia hanya mnmbah keegoan di hatinya dan secara tak lgsung merendah2kan diri sendiri..

    buka lembaran baru.. tanamkan cita2 hidup yg tinggi.. jgn hidup dlm kenangan silam.. apa pun alasannya, hidup perlu diteruskan.. maka teruskan hidup sebagai lelaki yg hebat dan bermaruah..
    Rizash recently posted..Kenapa Personaliti Bertukar Bila Memandu

  24. mohd says:

    salahkah menghubunginya sbagai kawan ?

  25. Rizash says:

    saya ragu kalau mohd hubungi dia tanpa ada secebis harapan.. kalau hubungi dia semata2 sebagai kawan yg ingin menegur sapa kawannya tak salah.. tapi, sekarang dia tak sahut panggilan mohd. itu tandanya dia tak berminat nak berkawan.. orang tak nak kawan, kita cari kawan lain la..
    Rizash recently posted..Kenapa Personaliti Bertukar Bila Memandu

  26. mohd says:

    mungkin dia perempuan pertama dalam hidup saya. dia yg mengajar saya erti cinta dan kini dia ajar saya erti derita :( jujur saya katakan, selepas ibu saya, perempuan kedua yg saya sayang adalah dia. saya amat sayangi dia. dia amat bererti pada saya.

  27. Rizash says:

    bg saya, dia bukanlah pengajar cinta yg baik.. mungkin dia istimewa bg mohd kerna dialah orang yg pertama. Sbnarnya, org yg paling istimewa, adlh org yg terakhir.. yg akhirnya hidup bersama dgn mohd..

    perjlnn mohd mgnal cinta baru bermula.. tabahlah sehingga munculnya org yg terakhir.. antara kesemuanya, dia yg lebih baik, dan sudah pasti, jauh lebih baik dari yg pertama..

    p.s: Selamat Hari Raya Mohd.. Maaf atas silap slh saya selama mana memberi nasiht dan tegurn pd Mohd.. Semoga bertambah gembira di Hari Raya.. :D
    Rizash recently posted..Kenapa Personaliti Bertukar Bila Memandu

  28. mohd says:

    saya juga ingin meminta maaf pada saudara , saya sudah byk menyusahkan saudara. saya yg salah kerana sukar menerima penolakan cinta. dulu saya igtkan cinta itu manis, tetapi ia juga membawa derita. saya amat menyesal bercinta, lebih baik saya tidak kenal apa itu cinta drpd terseksa begini. selamat hari raya juga pada saudara.

  29. xoxo says:

    sbr bro..niat awak mmg ikhlas..lagi murni..sy kagum yg awk kata dia wanita kedua awk syg selepas ibu..moga2 awk akan jumpa org yg baik. Nasib sy nak kt teruk dr awk..mungkin tidak sb kt xdela serious smpai nak kawin atau shidup semati..tp mcm awk kata, dia la org pertama yg ajar erti cinta..setahun dh wpun dia nak tak nak lyn, tp sy masih mengharap. sbnarnya cuba utk lupakan..tp artikel atas tu mg btul..jd skg..mungkin 1 hari nti dia akan lenyap jg dr memori ini

Leave a Reply

CommentLuv badge